DUNGUN – Demi memenuhi tuntutan hawa nafsu, seorang gadis belasan tahun bukan sahaja mengaku ketagih pil kuda, malah turut merelakan mahkota kewanitaannya dinodai teman lelaki yang juga mat rempit.Gambar Hiasan
Lebih mendukacitakan apabila perbuatan biadab itu dilakukan berulang-kali di rumah ketika ibu bapanya ada bersama.
Rahsia keruntuhan moral gadis berusia 17 tahun itu dikongsi bersama Sinar Harian selepas dia ditahan polis ketika bersama sekumpulan mat rempit dalam satu operasi, dekat sini, awal pagi kelmarin.
Menceritakan kehidupannya, gadis berambut panjang paras bahu itu berkata, dia mula mengambil pil kuda ketika berusia 14 tahun dan menuntut di tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Dungun.
Menurutnya, akibat masalah disiplin kerana sering ponteng, dia dibuang sekolah sebelum meneruskan persekolahan di sebuah sekolah menengah yang lain.
Bagaimanapun katanya, selepas itu dia turut dibuang sekolah sekali lagi kerana masalah sama.
“Saya pernah ditahan polis beberapa kali ketika sedang khayal bersama sekumpulan penagih di port dadah. Saya dapat bekalan dadah dengan mudah daripada teman lelaki yang kebanyakannya kaki motor.
“Mengambil dadah merupakan perkara biasa sejak empat tahun lalu dan kini saya masih menagih pil kuda,” katanya tanpa segan-silu.
Menurut gadis berasal dari Nibong itu, dia juga pernah membawa teman lelakinya pulang ke rumah dan sering melakukan hubungan seks bebas dengan pasangannya, biarpun ketika itu ibu bapanya ada bersama.
Malah dia mengakui, selain mengambil dadah, dia juga sering menjadi pembonceng ketika teman lelakinya melakukan aksi berbahaya di jalan raya, selain kerap bertukar pasangan untuk melakukan hubungan seks.
Kata anak keempat daripada lima beradik itu lagi, ibunya yang kini berstatus ibu tunggal selepas ayahnya meninggal hampir setahun lalu, sudah puas menasihatinya namun dia masih gagal meninggalkan tabiat buruk itu biarpun menyedari natijah bakal menimpa dirinya.
Dia juga mengakui, antara punca dia terjebak dengan gejala sosial adalah disebabkan kurangnya didikan agama daripada keluarga, selain pengaruh rakan sebaya.
Gadis itu berkata, sebelum ditahan, dia baru sahaja mengambil pil kuda yang diperolehnya daripada rakan, yang kadangkala turut diambilnya sebelum melakukan hubungan seks dengan pasangan.
Selepas saringan air kencing, dia didapati positif dadah dan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani mengesahkan penahanan gadis 17 tahun itu bersama teman lelakinya dalam operasi bersepadu dilakukan di sekitar bandar Dungun, malam kelmarin.
Sumber - Sinar harian
0 comments:
Post a Comment