Entries

Kaitan MH370 Dengan Kod Misteri Filem Hollywood.




7/18/2016

Lapan tahun lalu,Universal Picture menayangkan filem Children Of Men diseluruh dunia.Filem arahan Alfonso Cuaron menelan kos AS$76 juta (RM225 juta) dengan durasi 105 minit dilihat dengan mata kasar seperti biasa saja sama dengan pelbagai filem sains fiksyen terbitan Hollywood yang lain.

Dinilai dengan mata hati pula,timbul musykil dalam satu adegan filem itu Malaysia digambarkan bakal menjadi serangan pengganas.Visual dipaparkan secara sepintas lalu bagaimana imej salah satu Menara Berkembar Petronas (KLCC) itu berasap akibat kebakaran.


Adegannya sewaktu watak utamanya Theo Faron lakonan Clive Owen menaiki keretapi,semua televisyen di dalam  pengangkutan itu menunjukkan pelbagai ibu negara dilanda kemusnahan sama ada pencemaran atau peperangan bermula Perancis,Moscow,Tokyo,Brussels,Hong Kong,Berlin,Shanghai,termasuk Kuala Lumpur dan di pengakhiran dicatat 'the world has collapsed,only British soldier on'.

Lapan tahun kemudian, tanggal 8 Mac lalu dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.Pesawat Boeing 777-200ER dipandu Kapten Zaharie Ahmad Shah membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dan tidak dapat dikesan radar.

Misteri kehilangan pesawat itu mendapat liputan luas daripada media Barat, terutama rangkaian televisyen kabel CNN (Cables News Network). Belum pernah sejak negara merdeka hampir 57 tahun, ratusan wartawan sama ada media cetak atau elektronik dari seluruh dunia berkampung di sini.

Sekalipun dua penumpang warga Iran yang dikatakan menggunakan pasport curi menaiki pesawat MH370 diklasifikasikan bukan pengganas oleh ketua FBI (Biro Penyiasatan Persekutuan), James Comey tetapi dalam wawancara CNN tempoh hari (selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan pesawat MH370 mengakhiri perjalanan terakhir di Lautan Hindi), Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel tetap tidak menolak unsur pengganas di sebalik tragedi menimpa pesawat malang itu.

Dikatakan dalam pesawat MH370 itu ada lapan saintis pakar pertahanan dari China yang melaksanakan misi khas membawa pulang satu sistem untuk kerajaan mereka.Sama ada ia secara kebetulan atau dirancang nombor lapan bagaikan 'petaka' sedangkan kita sedia maklum nombor itu tuah bagi orang Cina berbanding nombor empat yang digeruni mereka.

Aneh Tragedi 9/11


Mempotretkan simbol, logo atau kod dalam melaksanakan organisasi rahsia tidak asing lagi dalam filem Hollywood. Sebelum terjadinya serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) di New York pada 11 September 2001, ada beberapa filem menampilkan nombor 9/11 secara misteri.

Sekalipun serangan itu terjadi pada 11.9.2001 tetapi singkatannya diterbalikkan lebih dimomokkan dengan sebutan 9/11. Lalu setiap kali September menjelma, serata dunia bersimpati pada mangsa serangan 9/11 itu, sedangkan cerita sebenar lebih mengerikan di sebalik September itu, ramai yang sudah terlupa pada bulan itu jugalah iaitu pada 16 September 1982 terjadi tragedi berdarah seramai 3,500 umat Islam yang ditempatkan di kem Sabra dan Shatila di Beirut, Lubnan, dibunuh kejam oleh tentera Israel-Zionis yang diketuai Ariel Sharon.

Simbol, logo atau kod 11.9 dan 9.11 mula ditonjolkan dalam filem Gremlins (1984), kemudian filem The Running Man (1987), Die Hard (1988), Gremlins 2 (1990), The Terminator 2-Judgment Day (1991), Seven (1995), Independence Day (1996), A Time To Kill (1996), The Peacemaker (1997), Face Off (1997), Enemy Of The State (1998), Godzilla (1998), The Matrix (1999), Traffic (2000) dan The Patriot (2000).



Dalam Matrix arahan Andy Wachowski dan Larry Wachowski dipaparkan tarikh lahir pasport Thomas Anderson tercatat 11.9.2001 iaitu tepat dengan detik tragedi 11 September, walhal filem itu dihasilkan dua tahun sebelum kejadian. Dalam The Running Man (1987), Ben Richard (Arnold Schwarzenegger) diarahkan mengebom kawasan orang awam di sebuah bandar menggunakan helikopter, skrin kelikopternya itu menunjukkan angka 11.9, aneh bukan?

Dalam The Patriot, ketika menimbang kerusi kayunya, Benyamin Martin menyebut, "9 pounds, 11 ounces. That's perfect, perfect!" Kalangan penghibur tidak terkecuali meneruskan kod rahsia jika diamati kulit album kumpulan rap The Coup yang siap pada Jun 2001 menunjukkan WTC terbakar sedangkan tragedi itu berlaku lagi tiga bulan.Kulit album ketiga Def Leppard (1983) juga menggambarkan WTC itu terbakar.

Paling ketara ketika konsert Prince di Belanda, dalam nada yang berirama penyanyi itu menyebut: "I've gotta go home y'all,gotta go get ready for the bomb, Osama Bin Laden getting getting ready to bomb (3 x), y'all ready?2001 in here...Holland, Osama Bin Laden getting ready to bomb... America you better watch out 2001 hit me". Aneh bukan kerana konsert Prince itu berlangsung pada 24 Disember 1998.


Video perbincangan bagaimana Prince boleh tahu Osama Bin laden
nak bom Amerika
Bagaimana Prince dan kebanyakan penggiat hiburan di Hollywood terutama di kalangan produser boleh mengetahui kod rahsia ini sebelum tragedi sebenar berlaku? Tidak mustahil mereka ini bergerak berpandukan 24 Protokol Zion iaitu pada...

Protokol 5 dicatatkan "Sekiranya orang buka  Yahudi cuba mengatasi bangsa Yahudi dari segi sains,politik dan ekonomi, maka bangsa Yahudi mesti menyekat mereka melalui pelbagai perselisihan sehingga wujud konflik sesama mereka".   

Protokol 14: Ahli falsafah Yahudi mesti membincangkan kekurangan serta mendedahkan keburukan agama lain. Kalangan penulis Yahudi harus menonjolkan tulisan pornografi iaitu mengadakan sastera yang tidak bermakna, kotor dan keji.

Protokol 24: Untuk sampai ke tujuan yang baik iaitu Yahudi akan berkuasa penuh dalam rangka meletakkan dunia dalam pemerintahanya, kadang-kadangkekerasan akan digunakan. Di tangan Yahudilah terletaknya pusat kekuasaan yang paling besar.

Sebenarnya menonton filem Hollywood banyak kod rahsia begini diterjemahkan seperti konspirasi 2012 bagaimana sebuah Planet X bernama Nibiru akan menghampiri bumi, tidak terkecuali filem Armageddon. Filem hanya fiksyen itu benar.

Namun timbul musykil jika menonton filem Transformers-Revenge Of The Fallen ada logo Penerbangan Malaysia (MAS) dalam tiga saat tetapi dicatatkan disitu Shanghai, China dan juga filem Man Of Steel dimana salah satu babak dalam filem Man of Steel, memaparkan nombor 370 secara jelas di atas sebuah kenderaan panjang kalau tak silap bas di minit 2.03.25.



Filem Transformers Revenge Of The Fallen di minit 02.14
Logo Malaysia Airline MAS didalam bulatan
Pada ketika kita resah dan debar mencari di manakah lokasi sebenar pesawat MH370 bersemadi, Hollywood kini rancak menayangkan filem tragedi dalam pesawat berjudul Non Stop lakonan Liam Neeson terbitan Universal Studio. Mungkin ia hanya kebetulan, tetapi harus diingat menonton filem bukan sekadar kita ketawa tidak kering gusi,tetapi perlu menilai dengan mata hati agar kita menyedari filem tidak mungkin membuatkan kita buta hati.- Malayazoom

Wallahualam...

Artikel ini dipetik dari Harian Metro.

0 comments:

Post a Comment

 

We Are Big Community

Behind the Web

Copyright © 2010 • Malayazoom test • All rights reserved