Entries

[6 Gambar] Ya Allah!!! Kebakaran Kedai Makan Didataran Stesen Minyak Shell Di Gua Musang.




4/02/2014

Sederet kedai musnah dijilat api dalam kebakaran berhampiran stesen minyak Shell di Gua Musang malam tadi.

Kejadian jam 10.15 malam tadi itu dikatakan berpunca dari limpahan minyak petrol yang sedang dipindahkan dari lori tangki sebelum menyambar api dari kedai berdekatan.

Beberapa buah kenderaan termasuk empat buah kereta dan tiga motosikal hangus sama sekali.

Seorang mangsa diberitakan kritikal kerana terbakar hampir separuh badan. Sementara itu beberapa orang pelanggan dan pemilik kedai sesak nafas ekoran menghidu asap dari kebarakan tersebut.

As salam YDH Dato/ tuan.

Dimaklum satu kes kebakaran di Dataran Shell, Persiaran Raya, Gua Musang sbg mana GMusang Rpt. 1110/14..

Pengadu:
L/ Kpl Maarof Aman, 25 thn, kerja sbg anggota Bilik Gerakan, IPD GMusang.

Fakta Kes:
Pada 022220 hrs, pengadu terima maklumat pertama mengatakan kejadian kebakaran dilokasi dan beberapa orang cedera.

Siasatan Awal:

Adalah dipercayai punca kebakaran ialah di mana limpahan minyak dari setesen minyak Shell (yg terletak ditanah yg sedikit tinggi) telah mengalir ke kawasan rendah dimana terletaknya gerai-gerai makanan. Apabila limpahan minyak sampai ke bahagian dapor gerai2 disana, tiba-tiba bunyi letupan dan sekaligus berlakunya kebakaran.




Beberapa orang telah mendapat kecederaan melecur manakala beberapa buah kenderaan turut terbakar.

 Mereka yg cedera ialah:
1. Nor Azila, 23thn,
Kecederaan: Tebakar bahagian kaki.
2. Muhammad Azman Hamat, .18 thn,
Kecederaan: Terbakar diseluruh badan.
3. Nor Marisah Mohd Yusof, 20 thn
Kecederaan: Terbakar dibahagian kaki.
4. Nor Asyikin Mohd Salleh, 20 thn
Kecederaan: Melecur bawah pangkal peha kebawah
5. Mohd Zul Idzhar Akmal, 16 thn
Kecedetaan: Melecur dikaki
6. Mohd Shair Hafizi, 24thn.
Kecederaan: Melecur dikaki
7. Tengku Ahmad Afqih Tg Abdullah, 20 thn,
Kecedetaan: Melecur bahagian pinggang kebawah
8. Dayang Nor Ilyani, 23thn.
Kecederaan Melecur bahagia kaki
9. Mohd Quizuel Hakim b Bahri, 20thn
Kecederaan:..Melecur dipinggang kebawah
10. Siti Zabariah Idris, 53.thn
Kecederaan: Terbakar dibadan
11. Mohd Fariz Ikhwan, 25thn.
Kecederaan: Melecur dikaki.

Turut terbakar ialah 7 buah kenderaan spt berikut:
(2) buah Proton Wira
(1) Nissan Grand Livina
(1) Toyota Harrier
(2) m/.sikal EX5
(1) skuter Ego

Kesebelas mangsanya menerima rawatan di Hosp GM dan rawatan susulan di Hosp USM.

Lain-lain hal:

Menurut org awam, tangki minyak di bawah tanah stesen Shell tersebut sudah beberapa kali didapati bocor dan minyak sering melimpah keluar.

Balai Bomba hanya terletak berhadapan dgn stesen Shell ini
4 orang dari mangsa yang cedera ialah pelajar Kolej PolyTech Mara.

Kesemua yang cedera merupakan pelanggan2 yang sedang makan digerai2 berdekatan.

Sekian untuk makluman YDH Dato/ tuan ‪

Sumber: #‎inforoadblock‬ 

My Home Town

0 comments:

Post a Comment

 

We Are Big Community

Behind the Web

Copyright © 2010 • Malayazoom test • All rights reserved