Entries

Zoom Berita - Kassim Ahmad ditahan di Kulim




3/26/2014

Sarjana Kassim Ahmad ditahan di rumahnya di Kulim, Kedah, ekoran kenyataan kontroversinya berkaitan hadis yang dibuat dalam sebuah seminar di Purajaya sebelum ini.

Anaknya Ahmad Shauqi berkata, bapanya ditahan di rumah mereka pada tengah hari ini oleh pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Menurutnya lagi, Kassim dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Kulim dan dibawa ke Kuala Lumpur untuk tujuan soal siasat.

Kassim ditahan bawah Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 berkaitan menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.

JAWI tidak dapat dihubungi pada masa ini kerana di luar waktu pejabat.

Dijangka didakwa esok

Bagaimanapun, seorang pegawai agama di Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini hari ini.

Menurutnya, kira-kira 10 penguatkuasa agama terlibat dalam penahanan itu yang turut diiringi anggota polis tempatan.

Kassim dijangka dituduh di mahkamah syariah di Putrajaya pagi esok.

Kassim dalam seminar pemikirannya pada 16 Februari mencetuskan kontroversi apabila menyamakan ulama dengan "kasta paderi", menolak syahadah kedua dan berpendapat rambut bukan aurat wanita.

Kenyataan itu dikritik meluas pelbagai pihak termasuk parti politik, NGO dan ulama Islam.

Sebuah buku Kassim Hadis: Satu Penilaian Semua diharamkan sebelum ini selepas dianggap antihadis.

0 comments:

Post a Comment

 

We Are Big Community

Behind the Web

Copyright © 2010 • Malayazoom test • All rights reserved